A.
Pengertian Nabi Muhammad SAW
Muhammad bin Abdullāh (lahir di Mekkah, 20 April
570 – meninggal
di Madinah,
8 Juni
632 pada umur 62 tahun)
adalah seorang nabi
dan rasul
yang terakhir bagi umat Muslim. Muhammad menciptakan ajaran dan ilmu
pengetahuan berupa agama Islam.
al-Quran menetapkan secara
terang dan jelas bahawa nabi Muhammad
s.a.w. adalah manusia dan rasul.
فمن يرد الله ان يهديه يشرح صدره للاسلم
Maka
sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya, nescaya Dia melapangkan dadanya
(membuka hatinya) untuk
menerima Islam. (Al-An'am: 125)[1]
Michael H.
Hart dalam bukunya The 100 menilai Muhammad sebagai tokoh paling berpengaruh
sepanjang sejarah manusia. Menurut Hart, Muhammad adalah satu-satunya orang
yang berhasil meraih keberhasilan luar biasa baik dalam hal spiritual maupun
kemasyarakatan. Hart mencatat bahwa Muhammad mampu mengelola bangsa yang
awalnya egoistis, barbar,
terbelakang, dan terpecah-belah oleh sentimen kesukuan menjadi bangsa yang maju
dalam bidang ekonomi, kebudayaan, dan kemiliteran bahkan sanggup mengalahkan
pasukan Romawi
yang saat itu merupakan kekuatan militer terdepan di dunia.
Al-Quran
merupakan sumber rujukan asasi yang kita cedok daripadanya Sirah Nabi s.a.w.. Al-Quran
al-Karim telah menyingkap kehidupan Nabi s.a.w. semasa kecil:
الم يجدك يتيما فأوى
(6)ووجدك ضالا فهدى
Bukankah
Dia mendapati engkau yatim piatu lalu Dia memberikan perlindungan? Dan didapatiNya engkau
mencari-cari (jalan yang benar), lalu Dia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu - Al-Quran . (Ad-Dhuha:6-7)
B. Kehidupan
Baginda Sebelum Diutuskan Sebagai Rasul
a. Peristiwa-peristiwa Sejarah
Riwayat-riwayat yang sabit berkenaan kehidupan Baginda s.a.w.
sebelum diutuskan
sebagai
Rasul menunjukkan kepada kita beberapa hakikat berikut:
1. Bani
Hasyim merupakan keturunan Quraisy yang paling mulia. Manakala Quraisy
pula
adalah kabilah 'Arab yang paling mulia dan berketurunan bersih. Mereka juga
memiliki
kedudukan
yang paling tinggi di kalangan bangsa Arab. Diriwayatkan daripada al-Abbas
r.a.,
daripada
Rasulullah s.a.w., Baginda bersabda:
“Sesungguhnya
Allah mencipta makhluk ini, lalu Dia menciptakan aku daripada
sebaik-baik makhluk dan daripada sebaik-baik kelompok mereka (manusia).
Dia juga menjadikan aku daripada sebaik-baik kumpulan di antara
dua kumpulan (Arab dan bukan Arab). Kemudian Dia meneliti pemilihan
kabilah-kabilah secara rapi, maka Dia menciptakan aku daripada sebaik-baik
kabilah (Quraisy). Kemudian Dia meneliti pemilihan keluargakeluarga secara
rapi, maka Dia menciptakan aku daripada sebaik-baik keluarga
(Bani Hasyim). Sementara aku adalah sebaik-baik jiwa (sehingga dipilih
menjadi rasul dan penutup segala nabi) dan sebaik-baik keluarga di kalangan
mereka. (asal-usul keturunan ibu bapa dan nenek moyang Baginda tiada
yang lahir daripada perzinaan, bahkan melalui pernikahan yang sah)”.
(Riwayat
at-Tirmizi dengan sanad yang sahih).
Oleh kerana keturunan Baginda s.a.w. adalah mulia di kalangan
Quraisy, kita tidak temui
isu
keturunan menjadi bahan celaan mereka terhadap Nabi s.a.w.. Ini disebabkan
kemuliaan
keturunan
Baginda cukup jelas kepada mereka. Quraisy telah mencela Baginda dengan banyak
isu yang direka-reka tetapi bukan dalam isu keturunan.
2.
Baginda membesar sebagai anak yatim. Bapa Baginda, Abdullah telah meninggal dunia
ketika ibu Baginda baru mengandungkan Baginda dua bulan. Apabila Baginda
berusia
6
tahun, ibu Baginda, Aminah pula meninggal dunia. Oleh itu, semasa kecil Baginda
s.a.w.
telah
merasai pahit maung tidak mendapat belaian kasih sayang ibu bapa. Selepas itu, Baginda
telah dipelihara oleh datuk Baginda, Abdul Muttolib. Ketika berumur 8 tahun,
datuk
Baginda
pula meninggal dunia. Dengan itu Baginda selanjutnya dipelihara oleh bapa
saudara
Baginda,
Abu Tolib sehingga Baginda besar dan dewasa. Keyatiman Baginda ini telah disebut
oleh al-Quran al-Karim dengan firman Allah Taala:
“ Bukankah
Dia mendapati engkau yatim piatu, lain Dia memberikan
perlindungan?” (Ad-Dhuha: 6)
3.
Rasulullah s.a.w. menghabiskan empat tahun pertama zaman kanak-kanak di padang pasir, di
perkampungan Bani Saad. Oleh itu, Baginda membesar dengan tubuh yang kuat, jasmani
yang sejahtera, lidah yang fasih, jiwa yang berani dan mampu menunggang kuda dengan
baik sekalipun masih kecil usianya. Bakat-bakat Baginda terasah dalam kemurnian dan
keheningan padang pasir, dibawah kilauan pancaran matahari dan udara yang
bersih.
4.
Keunggulan Baginda telah diketahui sejak kecil lagi. Tampak pada roman mukanya tanda-tanda
kecerdikan yang menimbulkan rasa sayang kepada sesiapa yang melihat Baginda.
Apabila Rasul s.a.w. datang ke majlis datuknya semasa zaman kanak-kanak, 5.
Pada awal remaja, Baginda s.a.w. mengembala kambing untuk penduduk Makkah dengan bayaran
upah beberapa qirat (1/24 dinar). Telah sabit daripada Baginda s.a.w.,
bahawa
Baginda bersabda:
“ Semua
nabi pernah mengembala kambing. Mereka bertanya: Kamu juga
wahai
Rasulullah? Baginda menjawab: Aku juga begitu”.
Dalam
riwayat lain, Baginda bersabda:
Semua
Nabi yang diutuskan Allah pernah mengembala kambing. Maka sahabat
Baginda bertanya kepadanya: Kamu juga wahai Rasulullah? Lantas Baginda
tnenjawab: Aku juga begitu. Aku pernah mengembala kambing untuk penduduk
Makkah dengan upah beberapa qirat. Kemudian, apabila umur Baginda mencapai 25 tahun, Baginda
berniaga untuk Khadijah binti Khuwailid. Baginda berniaga bermodalkan harta
Khadijah dengan mendapat bayaran upah.
6.
Baginda s.a.w. tidak menyertai rakan-rakan sebayanya di kalangan remaja Makkah dalam
bersukaria dan berfoya-foya. Allah telah memelihara Baginda daripada terlibat
dalam
gejala
tersebut. Kitab-kitab sirah menceritakan dengan panjang lebar, semasa usia
remajanya,
Baginda
terdengar suara nyanyian daripada salah sebuah rumah di Makkah sempena majlis
perkahwinan.
Baginda teringin menyaksikannya. Tetapi Allah menjadikan Baginda tertidur.
Baginda
hanya terjaga setelah matahari panas terik. Baginda juga tidak terlibat bersama kaumnya
menyembah berhala, makan sembelihan untuk berhala, minum arak dan bermain judi.
Baginda juga tidak pernah bercakap celupar dan berkata kesat.
7. Sejak
Baginda mula mumayyiz, Baginda dikenali mempunyai akal yang matang dan pandangan
yang bernas. Peristiwa perletakan Hajarul Aswad ke tempatnya di Kaabah menjadi
bukti yang jelas terhadap perkara ini. Kaabah telah dilanda banjir menyebabkan dindingnya
retak. Oleh itu, penduduk Makkah membuat keputusan meruntuhkannya dan memperbaharui
binaannya. Mereka melaksanakan keputusan itu. Namun, apabila pembinaan
sampai ke
peringkat meletak Hajarul Aswad ke tempat asalnya, mereka bertengkar tentang siapakah
yang akan mendapat penghormatan untuk meletak Hajarul Aswad ke tempatnya. Setiap
kabilah ingin mendapat penghormatan itu. Pertelingkahan bertambah hebat
sehingga
mereka
saling mengancam untuk berperang. Kemudiannya mereka bersetuju untuk merujuk
kepada
orang pertama yang memasuki pintu masuk Bani Syaibah (salah satu pintu Masjidil
Haram
pent) sebagai hakim. Sejurus kemudian, orang pertama yang memasuki masjid melalui pintu
itu ialah
Rasulullah
s.a.w.. Apabila mereka melihat Baginda, mereka berkata: Ini al-Amin (gelaran kepada
Rasulullah s.a.w.). Kami rela dengan hukumannya. Apabila Baginda diberitahu tentang
pertelingkahan tersebut, Baginda menyelesaikan masalah itu dengan penyelesaian yang
dipersetujui oleh semua pihak yang bertelingkah. Baginda membentangkan kain selendangnya,
kemudian mengambil Hajarul Aswad dan diletakkan ke atas kain itu. Baginda komudiannya
menyuruh setiap kabilah niemegang hujung selendang. Apabila mereka mengangkatnya
dan Hajarul Aswad itu tiba ke tempat letaknya, Baginda mengambil dan meletakkannya
ke tempatnya dengan tangan Baginda. Mereka semua berpuashati. Allah telah mengelakkan
daripada berlaku pertumpahan darah orang-orang Arab melalui kecerdikan dan kebijaksanaan
akal Baginda sehingga ke satu tempoh yang hanya diketahui oleh Allah.
8. Semasa
remaja, Baginda s.a.w. dikenali sebagai seorang yang jujur dan amanah di kalangan
kaumnya, Baginda terkenal dengan hubungan baik, menepati janji, perjalanan
hidup
mengikut
landasan yang lurus dan reputasi baik. Ini menarik minat Khadijah untuk memberi
tawaran
kepada Baginda agar memperniagakan harta dagangannya melalui sebuah kafilah yang
pergi ke kota Busra setiap tahun. Khadijah telah menyerahkan harta dagangan
kepada
Baginda,
sekali ganda lebih banyak berbanding yang diberikan kepada lelaki daripada kaumnya
sendiri. Apabila Baginda pulang ke Makkah, hamba Khadijah, Maisarah telah menceritakan
kepadanya sikap amanah dan ikhlas Baginda. Khadijah juga melihat keuntungan
banyak yang diperolehi dalam perniagaan tersebut. Kesemua itu mendorong beliau
untuk menggandakan upah Baginda daripada yang telah dijanjikan. Perkara ini
juga
menarik
minat Khadijah untuk melamar Baginda. Baginda telah menerima lamaran Khadijah
sedangkan
Baginda 15 tahun lebih muda daripadanya. Kata-kata Khadijah merupakan perakuan
terbaik terhadap kebaikan akhlak Baginda sebelum kenabian. Kata-kata ini beliau
ungkapkan
ketika menenangkan Baginda yang pulang dalam keadaan menggeletar ketakutan
setelah
didatangi wahyu di Gua Hira: "Tidak sekali-kali. Demi Allah, Allah tidak
akan sekalikali menghina kamu. Kamu menghubungkan silaturrahim, membela pihak
yang lemah,
memberi
pendapatan kepada yang tidak berharta, memuliakan tetamu dan menolong mereka
yang
berhak."
9.
Baginda bermusafir keluar dari Makkah sebanyak dua kali. Pertama, bersama bapa saudara
Baginda, Abu Tolib ketika berusia 12 tahun. Kedua, ketika berusia 25 tahun,
sebagai
peniaga
kepada harta dagangan Khadijah. Kedua-dua destinasi perjalanan ini ialah kota
Busra
di
Syam. Dalam kedua-dua perjalanan ini, Baginda mendengar perbualan para peniaga, melihat
kesan-kesan negara yang dilaluinya, juga adat-adat yang diamalkan oleh penduduknya.
10.
Beberapa tahun sebelum diutuskan sebagai Nabi, Allah telah menimbulkan rasa
cinta
kepada
Baginda s.a.w., untuk pergi ke Gua Hira (sebuah bukit yang berdekatan dengan
Makkah
dan terletak di barat laut Makkah). Baginda berkhalwah di dalamnya selama
sebulan
(iaitu
dilakukan dalam bulan Ramadhan. pent.) kerana memikirkan tanda-tanda kebesaran
Allah dan
kehebatan kekuasaan-Nya. Perkara ini berterusan sehingga datang wahyu dan
turunnya al-Quran al-Karim kepada Baginda.
B. Nama Lain Nabi Muhammad SAW
Di antara sekian banyak nama
Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi wa Sallam itu dijelaskan oleh Imam
Nawawi dalam kitabnya Al-Minjaj Syarh Shahih Muslim ibn Al-Hajjaj, atau
lebih dikenal dengan Syarh Shahih Muslim, penjelasan kitab Shahih
Muslim. Berikut adalah hadits-hadits tersebut:
حَدَّثَنِي زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ وَإِسْحَقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ وَابْنُ
أَبِي عُمَرَ وَاللَّفْظُ لِزُهَيْرٍ قَالَ إِسْحَقُ أَخْبَرَنَا و قَالَ
الْآخَرَانِ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ بْنُ عُيَيْنَةَ عَنِ الزُّهْرِيِّ سَمِعَ
مُحَمَّدَ بْنَ جُبَيْرِ بْنِ مُطْعِمٍ عَنْ أَبِيهِ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى
اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَنَا مُحَمَّدٌ وَأَنَا أَحْمَدُ وَأَنَا
الْمَاحِي الَّذِي يُمْحَى بِيَ الْكُفْرُ وَأَنَا الْحَاشِرُ الَّذِي يُحْشَرُ
النَّاسُ عَلَى عَقِبِي وَأَنَا الْعَاقِبُ وَالْعَاقِبُ الَّذِي لَيْسَ بَعْدَهُ
نَبِيٌّ
Zuhair bin Harb, Ishaq bin Ibrahim, dan Ibnu
Abi Umar telah memberitahukan kepadaku –dan lafazh ini milik Zuhair-, Ishaq
mengatakan, “Sufyan bin Uyainah telah mengabarkan kepada kami”, sementara dua
perawi yang lain mengatakan, “Sufyan bin Uyainah telah memberitahukan kepada
kami, dari Az-Zuhri, dia telah mendengar Muhammad bin Jubair bin Muth’im
memberitahukan hadits dari ayahnya (Jubair), bahwasanya Nabi Shallallahu Alaihi
wa Sallam bersabda, “Aku adalah Muhammad, aku adalah Ahmad, aku adalah Al-Mahi
(penghapus), yang karena aku dihapuskan kekufuran. Aku adalah Al-Hasyir
(pengumpul), di mana seluruh manusia akan dikumpulkan sesudahku. Aku adalah
Al-Aqib (nabi yang datang terakhir).” Dan Al-Aqib adalah nabi yang tidak akan
ada lagi seorang nabi sesudahnya.” (HR. Al-Bukhari, Muslim, dan
At-Tirmidzi).
إِنَّ لِي أَسْمَاءً أَنَا مُحَمَّدٌ وَأَنَا أَحْمَدُ وَأَنَا
الْمَاحِي الَّذِي يَمْحُو الله بِيَ الْكُفْرَ وَأَنَا الْحَاشِرُ الَّذِي
يُحْشَرُ النَّاسُ عَلَى قَدَمَيَّ وَأَنَا الْعَاقِبُ الَّذِي لَيْسَ بَعْدَهُ
أَحَدٌ وَقَدْ سَمَّاهُ الله رَءُوفًا رَحِيْمًا
Harmalah bin Yahya telah memberitahukan
kepadaku, Ibnu Wahab telah mengabarkan kepada kami, Yunus telah mengabarkan
kepadaku, dari Ibnu Syihab, dari Muhammad bin Jubair bin Muth’im, dari ayahya
(Jubair), bahwasanya Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda,
“Sesungguhnya aku memiliki beberapa nama. Aku adalah Muhammad, aku adalah
Ahmad, aku adalah Al-Mahi (penghapus), yang karena aku dihapuskan kekufuran.
Aku adalah Al-Hasyir (pengumpul), di mana seluruh manusia akan dikumpulkan
sesudahku. Aku adalah Al-Aqib (nabi yang datang terakhir) yang tidak akan ada
lagi seorang nabi sesudahnya.” Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menamakan beliau
dengan orang yang sangat penyantun dan sangat penyayang.” (HR.
Al-Bukhari, Muslim, dan At-Tirmidzi).
وَحَدَّثَنِيْ عَبْدُ الْمَلِكِ بْنُ شُعَيْبِ بْنِ اللَّيْثِ قَالَ
حَدَّثَنِي أَبِي عَنْ جَدِّي حَدَّثَنِي عُقَيْلٌ ح وَحَدَّثَنَا عَبْدُ بْنُ
حُمَيْدٍ أَخْبَرَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ أَخْبَرَنَا مَعْمَرٌ ح وَحَدَّثَنَا
عَبْدُ الله بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ الدَّارِمِيُّ أَخْبَرَنَا أَبُو الْيَمَانِ
أَخْبَرَنَا شُعَيْبٌ كُلُّهُمْ عَنِ الزُّهْرِيِّ بِهَذَا اْلإِسْنَادِ وَفِي
حَدِيْث شُعَيْبٍ وَمَعْمَرٍ سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ وَفِي حَدِيْث عُقَيْلٍ قَالَ قُلْتُ لِلزُّهْرِيِّ وَمَا الْعَاقِبُ
قَالَ الَّذِي لَيْسَ بَعْدَهُ نَبِيٌّ وَفِي حَدِيْث مَعْمَرٍ وَعُقَيْلٍ
الْكَفَرَةَ وَفِي حَدِيْث شُعَيْبٍ الْكُفْرَ
Dan Abdul Malik bin Syu’aib bin Al-Laits telah
memberitahukan kepadaku, dia mengatakan, “Ayahku (Syu’aib) telah memberitahukan
kepadaku, dari kakekku (Al-Laits), Uqail telah memberitahukan kepadaku. (H) Dan
Abdu bin Humaid telah memberitahukan kepada kami, Abdurrazzaq telah mengabarkan
kepada kami, Ma’mar telah mengabarkan kepada kami. (H) Dan Abdullah bin
Abdurrahman Ad-Darimi telah memberitahukan kepada kami, Abu Al-Yaman telah
mengabarkan kepada kami, Syu’aib telah mengabarkan kepada kami, mereka semua
meriwayatkan dari Az-Zuhri, dengan sanad ini. Di dalam hadits riwayat Syu’aib
dan Ma’mar disebutkan, “Aku pernah mendengar Rasulullah Shallallahu Alaihi wa
Sallam.“ Di dalam hadits riwayat Uqail disebutkan, “Aku pernah bertanya kepada
Az-Zuhri, “Apa yang dimaksud dengan Al-Aqib?” Az-Zuhri menjawab, “Nabi yang
tidak akan ada lagi seorang nabi sesudahnya.” Dan di dalam riwayat Ma’mar dan
Uqail disebutkan, “Orang-orang kafir.” Sementara di dalam hadits riwayat
Syu’aib disebutkan, “Kekufuran.” (HR. Al-Bukhari, Muslim, dan
At-Tirmidzi).
وَحَدَّثَنَا إِسْحَقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ الْحَنْظَلِيُّ أَخْبَرَنَا
جَرِيْرٌ عَنِ اْلأَعْمَشِ عَنْ عَمْرِو بْنِ مُرَّةَ عَنْ أَبِي عُبَيْدَةَ عَنْ
أَبِي مُوسَى اْلأَشْعَرِيِّ قَالَ كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ يُسَمِّي لَنَا نَفْسَهُ أَسْمَاءً فَقَالَ أَنَا مُحَمَّدٌ وَأَحْمَدُ
وَالْمُقَفِّي وَالْحَاشِرُ وَنَبِيُّ التَّوْبَةِ وَنَبِيُّ الرَّحْمَةِ
Dan Ishaq bin Ibrahim Al-Hanzhali telah
memberitahukan kepada kami, Jarir telah mengabarkan kepada kami, dari
Al-A’masy, dari Amru bin Murrah, dari Abu Ubaidah, dari Abu Musa Al-Asy’ari,
dia mengatakan, “Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam pernah menyebutkan
beberapa nama beliau kepada kami, beliau bersabda, “Aku adalah Muhammad, Ahmad,
Al-Muqaffi (nabi yang datang terakhir), Al-Hasyir (pengumpul), Nabiyuttaubah
(Nabi pembawa taubat), dan Nabiyyurahmah (Nabi pembawa kasih sayang).” (HR.
Muslim)
Tafsir hadits
Dalam hadits-hadits yang terdapat pada bab ini
disebutkan beberapa nama yang dimiliki Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam,
dan beliau masih mempunyai banyak nama yang lain. Abu Bakar bin Al-Arabi bin
Al-Maliki, di dalam kitabnya yang berjudul Al-Ahwadzi Fi Syarh At-Tirmidzi
menyebutkan berdasarkan yang dia riwayatkan dari beberapa perawi, bahwasanya
Allah Ta’ala memiliki seribu nama, dan Nabi Shallallahu Alaihi wa
Sallam juga memiliki seribu nama. Di dalam kitab tersebut Abu Bakar
menjelaskan sekitar enampuluhan nama secara terperinci.[2]
C. Tugas-tugas Nabi Muhammad
SAW
Secara garis besarnya Nabi Muhammad Rosulullah saw
mempunyai tugas meluruskan akidah umat manusia sekaligus memperbaiki akhlaknya.
Berikut kami kemukakan beberapa ayar Al-Qur`an yang menyuratkan tugas-tugas
beliau.
- Sebagai Rahmat Bagi Semesta Alam, "Dan Kami tidak mengutus engkau (muhammad) melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi seluruh alam". (QS. 21 /Al-Anbiya`: 107)
- Bertabligh. "Wahai Rosul, sampaikanlah apa yang diturunkm Tuhanmu kepadamu. Jika tidak engkau lakukan (apa yang diperintahkan itu) berarti engkau tidak menyampaikan amanat-Nya." (QS. 51M- Maidah: 67)
- Menunjuki Kepada Jalan Yang Lurus. "Dan demikianlah Kami. wahyukan kepadamu (Muhammad) ruh (Al-Qur`an) dengan perintah Kami. Sebelumnya engkau tidaklah mengetahui apakah Kitab (Al- Qur`an) dan apakah iman itu, tetapi Kami jadikan Al-Qur`an itu cahaya, yang dengannya Kami memberi petunjuk orang-orang yang Kami kehendaki di antara hamab-hamba Kami. Dan sungguh engkau benar-benar membimbing (manusia) kepada jalan yang lurus". (Q5 42/Asy-Syuro: 52) Ayat ini juga menegaskan bahwa sebelum Nabi Muhammad saw. diangkat menjadi rosul, dia tidak mengetahui tentang isi Kitab-kitab terdahulu, karena itu tidak ada alasan bagi orang-orang kafir menuduhnya sebagai orarig yang mengada-ada dalam urusan aqidah dan syari`ah.
- Membawa Kebenaran. "Dialah yang mengutus Rosul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar supaya dimenangkan-Nya terhadap semua agama. Dan cukuplah Allah sebagai saksi." (QS. 43 Al-Fath: 28) Ayat ini menyiratkan bahwa dengan kedatangan Islam maka hukum-hukum sebelumnya tidak berlaku lagi dan diganti dengan hukum-hukum Al-Qur`an. Sebab Al-Qur`an juga menerangkan hal-hal yang mereka ada-adakan pada agama-agama terdahulu, sehingga agama yang terjamin kebenarannya adalah agama Islam. Dan tiada lagi agama yang diturunkan Allah setelah Islam. Al-Qur`an itu sendiri dalam pemeliharaan Allah SWT, sehingga tidak berhasil dipaIsukan meskipun berulang kali terjadi usaha pemalsuan Al-Qur`an.
- Pembawa Kabar Gembira Dan Pemberi Peringatan. "Wahai Nabi, sesungguhnya Kami mengutusmu untuk menjadi saksi, pembawa kabar gembira dan memberi peringatan, dan untuk menjadi penyeru kepada (agama) Allah dengan izin-Nya dan sebagai cahaya yang menerangi.` (QS. 33/Al-Ahzab: 45-46) [3]
D. Mu’jizat Nabi Muhammad SAW
Di sini kita dapat lihat kistimewaan yang
jelas dalam sirah Rasul s.a.w.. Tidak ada seorangpun yang beriman dengan Baginda disebabkan melihat
mukjizat yang menyalahi adat
kebiasaan.
Bahkan dia beriman disebabkan keyakinan akal dan jiwa. Sekiranya Allah memuliakan
Rasul-Nya s.a.w. dengan mukjizat yang menyalahi adat kebiasaan, ia hanyalah penghormatan
kepada Baginda s.a.w.. Ia juga bertujuan mendiamkan penentangnya yang sombong.
Sesiapa yang meneliti al-Quran al-Karim, dia akan dapati dalam usaha meyakinkan
manusia,
al-Quran bergantung kepada budi bicara akal, penyaksian pancaindera terhadap kebesaran
ciptaan Allah, juga pengetahuan sempurna berkenaan Rasul yang buta huruf. Buta
huruf
Baginda s.a.w. menjadikan al-Quran yang dibawanya sebagai bukti kebenaran
risalah
Baginda.
Allah Taala berflrman dalam surah al-Ankabut:
Dan
mereka berkata "Mengapa tidak diturunkan kepada (Muhammad) mukjizat-mukjizat
dari Tuhannya?" Jawablah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya (urusan
menurunkan) mukjizat-mukjizat itu adalah tertentu bagi Allah, dan aku hanyalah
seorang Rasul pemberi amaran yang jelas nyata" (Patutkah mereka meminta mukjizat-mukjizat yang
lain?) tidakkah cukup bagi mereka bahawa Kami telah menurunkan kepadamu Al-Quran yang
dibacakan kepada mereka? Sesungguhnya Al-Quran yang diturunkan itu mengandungi
rahmat dan peringatan bagi orang-orang yang beriman. (Al- Ankabut:
50-51)
Apabila
orang-orang kafir Quraisy melampaui batas dengan menuntut mukjizat daripada
Rasulullah s.a.w. sebagaimana yang dilakukan oleh umat-umat terdahulu, Allah memerintahkan
Baginda menjawab:
Katakanlah
(wahai Muhammad): "Maha Suci Tuhanku! Bukankah aku ini
hanya seorang manusia yang menjadi Rasul?"
(Al-Isra': 93)
Perhatikan perkara ini dalam surah
al-Isra' yang bermaksud:
Dan
mereka berkata: "Kami tidak sekali-kali akan beriman kepadamu (wahai Muhammad),
sehingga engkau memancarkan mata air dari bumi, untuk kami. Atau
(sehingga) engkau mempunyai kebun dari pohon-pohon tamar dan anggur,
kemudian engkau mengalir-kan sungai-sungai dari celah-celahnya dengan
aliran yang terpancar terus-menerus. Atau (sehingga) engkau gugurkan
langit berkeping-keping atas kami, sebagaimana yang engkau katakan
(akan berlaku); atau (sehingga) engkau bawakan Allah dan malaikat untuk
kami menyaksikannya. Atau (sehingga) engkau mempunyai sebuah rumah
terhias dari emas; atau (sehingga) engkau naik ke langit; dan kami tidak
sekali-kali akan percaya tentang kenaikanmu ke langit sebelum engkau turunkan
kepada kami sebuah kitab yang dapat kami membacanya. "Katakanlah
(wahai Muhammad): "Maha Suci Tuhanku! Bukankah aku ini
hanya
seorang manusia yang menjadi Rasul?" (Al-Isra': 90-93) Demikianlah
al-Quran menetapkan secara terang dan jelas bahawa nabi Muhammad s.a.w.
adalah manusia dan rasul. Dalam membenarkan dakwaan kerasulan Baginda, al-Quran tidak
bergantung kepada perkara yang menyalahi adat kebiasaan dan mukjizat, bahkan
hanya
berdailog
dengan akal dan hati.
Wahyu diturunkan kepada
Rasul s.a.w.: Apabila Nabi s.a.w. berusia genap 40 tahun, Jibril
turun membawa wahyu kepada Baginda. la berlaku pada hari Isnin, 17 Ramadhan. Imam al Bukhari
r.hm. meriwayatkan kepada kita tentang cara penurunan wahyu dalam Kitab Sahihnya
dengan sanad yang bersambung kepada Aishah, kata beliau:
Perkara
pertama yang mula-mula berlaku kepada Rasulullah s.a.w. ialah mimpi
baik semasa tidur. Baginda hanya bermimpi melihat ia datang seperti cahaya
subuh. Kemudian ditimbulkan kepada Baginda rasa cinta untuk berkhulwah
(bersendirian). Baginda berkhulwah di Gua Hira. Baginda beribadat
di dalamnya untuk beberapa malam sebelum pulang menemui keluarganya
bagi mengambil bekalan untuk khulwah seterusnya. Kemudian
Baginda
kembali menemui Khadijah, mengambil bekalan yang seumpamanya. Sehinggalah
wahyu kebenaran diturunkan kepada Baginda ketika berada di Gua Hira.
Malaikat (Jibril) datang menemui Baginda seraya berkata: Bacalah.
Baginda berkata: Aku tidak tahu membaca. Baginda menceritakan: Maka dia
memegang dan menutupi aku sehingga aku merasa kepenatan. Kemudian
dia melepaskan aku. Dia berkata lagi: Bacalah. Maka aku berkata:
Aku tidak
tahu membaca. Maka dia memegang dan menutupi aku untuk kali kedua
sehingga aku merasa penat. Kemudian dia melepaskan aku. Dia berkata
kembali: Bacalah. Maka aku berkata: Aku tidak tahu membaca. Maka dia
memegang dan menutupi aku untuk kali ketiga. Kemudian dia melepaskan aku
seraya berkata:
اقرأ باسم ربك الذى خلق (1) خلقالانسن من علق
(2) اقرأ وربك الاكرم (3) الذى علّمبلقلم (4) علمالا نسن ما لم يعلم
Bacalah
(wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian
makhluk). Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah.
Yang mengajar manusia melalui
pena dan tulisan. Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. (Al-Alaq: 1-5)
mukjizat
Isra' dan Mi'raj. Terdapat perselisihan berkenaan tarikh peristiwa ini berlaku.
Secara pasti ia berlaku sebelum hijrah pada tahun ke-10 kenabian atau
selepasnya.
Pendapat
sahih yang dipegang oleh jumhur ulama, Isra' dan Mi'raj berlaku pada suatu
malam
secara
jaga melibatkan jasad dan roh Nabi s.a.w.. Baginda diisra'kan daripada Masjidil
Haram
ke
Masjidil Aqsa. Kemudian Baginda dimi'rajkan ke langit yang tinggi. Seterusnya
pulang
kembali
kerumah Baginda di Makkah pada malam itu juga. Baginda memberitahu Quraisy tentang
mukjizat itu. Mereka mempersenda dan memperlekehkan Baginda. Namun Abu Bakar dan
mereka yang kuat imannya telah membenarkan Baginda.
Mukjizat
lsra' dan Mi'raj mempunyai banyak rahsia. Kami hanya sebutkan tiga sahaja: Pertama:
Menghubungkait isu Masjidil Aqsa dan kawasan sekitarnya dengan isu Dunia
Islam. Ini kerana Makkah selepas perutusan Rasul s.a.w. telah menjadi pusat perhimpunan
Dunia Islam dan kesatuan visinya. Peristiwa Isra' Mi'raj ini juga menunjukkan usaha
mempertahankan Palestin sebenarnya mewakili usaha mempertahankan Islam itu sendiri.
Setiap orang Islam di pelbagai ceruk bumi wajib melaksanakannya. Kecuaian mempertahan
dan membebaskan Palestin merupakan kecuaian terhadap Islam. la merupakan jenayah
yang akan dihukum oleh Allah kepada setiap orang yang beriman dengan Allah dan Rasul-Nya.
Kedua:
Isra' Mi'raj menjadi simbol kepada ketinggian kedudukan orang Islam dan lambang
kepada kewajipan mengangkat dirinya mengatasi hawa nafsu dan syahwat dunia. Dia juga
wajib menjadi manusia yang tiada tolok bandingnya dikalangan seluruh manusia. Sama ada
dari segi kedudukannya yang tinggi, visinya yang mulia dan sikapnya yang
sentiasa
berlegar
dalum lingkungan nilai-nilai yang mithali untuk selama-lamanya.
Ketiga:
Isra' Mi'raj juga menunjukkan penerokaan angkasa dan keluar daripada[4]
E. Eksistensi Nabi Muhammad SAW
1.Nabi Muhammad
saw sebagai Nabi/ Rasul
Secara historis, perjalanan Nabi Muhammad saw. sebagai
pembawa risalah langit terbagi dalam tiga periode, yaitu pertama,
periode pra kerasulan, kedua, periode kerasulan dan ketiga,
periode pasca kerasulan. Tahap kedua masa kenabian di awali dengan dengan kondisi
demografis sosiologis Arab, yakni kondisi masa Makiyyah dan masa Madaniyah.
Latar belakang kehidupan bangsa Arab yang begitu buruk lah yang menjadi sejarah
awal perjuangan Nabi Muhammad dalam menegakkan ajaran Islam.
Tepat pada umur 40 tahun, Muhammad bin Abdullah, suami dari Siti Khadijah,
menerima tugas kenabian yang harus disampaikan ke seluruh umat manusia. Tugas
yang tentu saja tidak mudah, sehingga Nabi Muhammad SAW sendiri pada awalnya
sempat ragu, apakah benar yang diterima adalah wahyu, dan apakah juga merupakan
pengangkatan sebagai Nabi (yang menerima wahyu) dan Rasul (yang diutus
menyampaikan misi). Tetapi sang pendamping Siti Khadijah, yang teguh hati,
menenangkan, menentramkan, menguatkan dan memastikan bahwa yang diterima benar
wahyu dan baginda benar-benar diangkat menjadi Nabi dan Rasul.
Dalam salah satu dialog yang terjadi antara Nabi Muhammad SAW dan Siti
Khadijah RA, pada awal penerimaan wahyu. Nabi Muhammad SAW pernah berkeluh
kesah dan berkata pada Khadijah RA: “Wahai Khadijah, tidak ada sesuatu yang
paling aku benci kecuali berhala dan para peramal itu, aku khawatir aku akan
diangkat menjadi peramal”. “Tidak”, kata Khadijah. “Demi Allah, Dia
tidak akan menghinamu, karena kamu adalah orang yang baik terhadap keluarga,
suka menjamu tamu, berani mengambil tanggung jawab besar, memberi orang yang
kekurangan, dan membantu orang-orang kesusahan. Kamu memiliki banyak
sifat-sifat yang baik, yang dengan itu, kamu sama sekali tidak akan didatangi
setan”, sambung Khadijah.(HR.Imam Muslim).
Pada kesempatan lain, Siti Khadijah memastikan dan meyakinkan: “Tenanglah
wahai anak pamanku, dan tabahlah. Demi Dzat yang menguasai Khadijah, aku yakin
kamu terpilih menjadi Nabi bagi umat ini”. Khadijah RA pun kemudian
menenangkan Nabi SAW, dengan membawa beliau bertemu Pendeta Waraqah bin Nawfal,
yang bisa meyakinkan bahwa yang ditemui Nabi SAW adalah benar Malaikat Jibril
seperti yang juga datang kepada Nabi Musa AS.
Kekhawatiran Nabi ini mungkin muncul karena kebesaran misi kenabian yang harus diemban. Misi untuk melakukan perubahan besar pada kehidupan manusia, dalam bahasa al-Qur’an dilukiskan sebagai misi ‘yukhrijuhum min azh-zhulumât ilâ an-nûr’: mengeluarkan manusia dari kehidupan yang penuh kegelapan, kemusyrikkan, kezaliman, menuju kehidupan yang penuh cahaya, ketauhidan dan keadilan. Firman Allah tentang misi Nabi kepada seluruh umat manusia, yang artinya :
Kekhawatiran Nabi ini mungkin muncul karena kebesaran misi kenabian yang harus diemban. Misi untuk melakukan perubahan besar pada kehidupan manusia, dalam bahasa al-Qur’an dilukiskan sebagai misi ‘yukhrijuhum min azh-zhulumât ilâ an-nûr’: mengeluarkan manusia dari kehidupan yang penuh kegelapan, kemusyrikkan, kezaliman, menuju kehidupan yang penuh cahaya, ketauhidan dan keadilan. Firman Allah tentang misi Nabi kepada seluruh umat manusia, yang artinya :
الركِتَابٌ أَنْزَلْنَاهُ إِلَيْكَ
لِتُخْرِجَ النَّاسَ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ بِإِذْنِ رَبِّهِمْ إِلَى
صِرَاطِ الْعَزِيزِ الْحَمِيدِ(1)
“Alif Lâm Râ, (ini) adalah kitab yang Kami turunkan kepadamu, agar kamu
(dapat) mengeluarkan manusia dari kegelapan menuju cahaya, dengan izin Tuhanmu,
yaitu ke jalan (Tuhan) Yang Maha Agung dan Amat Terpuji”. (QS. Ibrahim, 14: 1).
Lebih tegas lagi, misi kenabian itu dilukiskan al-Qur’an surat al-A’râf
ayat ke-157:
الَّذِينَ يَتَّبِعُونَ الرَّسُولَ
النَّبِيَّ الْأُمِّيَّ الَّذِي يَجِدُونَهُ مَكْتُوبًا عِنْدَهُمْ فِي
التَّوْرَاةِ وَالْإِنْجِيلِ يَأْمُرُهُمْ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَاهُمْ عَنِ
الْمُنْكَرِ وَيُحِلُّ لَهُمُ الطَّيِّبَاتِ وَيُحَرِّمُ عَلَيْهِمُ الْخَبَائِثَ
وَيَضَعُ عَنْهُمْ إِصْرَهُمْ وَالْأَغْلَالَ الَّتِي كَانَتْ عَلَيْهِمْ
“Mereka orang-orang yang mengikuti Nabi yang buta huruf, mereka temukan
namanya tertulis dalam Kitab Taurat dan Injil, (misinya) menyeru mereka pada
kebaikan, melarang kemungkaran, menghalalkan sesuatu yang baik bagi mereka,
mengharamkan mereka (mengkonsumsi) sesuatu yang kotor, melepaskan mereka dari
beban berat dan belenggu-belenggu yang (menggelayuti) mereka”. (QS. Al-A’râf,
7: 157).
Dalam suatu hadits di sebutkan bahwa sesungguhnya nama Nabi Muhammad telah
di sandingkan di sisi Allah sebelum dunia ini ada, Al-‘Irbadh bin sariyah
berkata, Rasulullaah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Sesungguhnya
aku adalah Nabi yang terakhir di sisi Allah pada saat Adam masih bercampur
dengan tanah.” (HR. Ibnu Hibban, Al-Hakim,danAhmad).
Maisarah A-Fajr berkata, aku bertanya, “Ya Rasulullah kapankah engkau
menjadi Nabi?” Beliau menjawab, “Pada saat Allah subhanahu wa ta’ala
menciptakan bumi, peristiwa di langit, menciptakan tujuh langit, menciptakan
Arasy, lalu Dia menulis di tiang Arasy ‘Muhammad adalah penutup rasul’. Dia
menciptakan surga yang mana Adam dan Hawa ditempatkan di sana, Dia menulis
namaku pada pintu-pintu, daun-daun kubah, dan kemah-kemah, sedangkan Adam masih
berada di antara Ruh dan Jasad. Tatkala Allah menghidupkan Adam, Adam pun
melihat ke arah Arasy dan melihat namaku, Allah memberitahukannya bahwa itu
adalah penghulu keturunanmu. Ketika Adam dan Hawa diperdayakan oleh setan,
mereka bertaubat dan memohon syafaat kepada Allah dengan menggunakan namaku.”
(HR. At-Tirmidzi, Ahmad, dan Ath-Thabarani).
Hadits lain yang cukup masyhur tentang kerasulan Muhammad adalah; “Bu’itstu
li-utammima makârim al-akhlâq” (Bahwa aku diutus (ke dunia ini), untuk
menyempurnakan akhlaq mulia), (Riwayat Imam Malik) .
Kebaikan akhlaq adalah misi utama kenabian yang diemban Rasulullah SAW.
Dengan demikian, misi kenabian bagi kemanusiaan adalah bagaimana menciptakan
kehidupan yang penuh kasih sayang, tanpa kekerasan, kekasaran dan kesombongan
serta ehidupan yang penuh dengan akhlak mulia. Dalam salah satu teks hadis
lain, lebih tegas disebutkan: “Sesungguhnya, aku hanyalah diutus untuk
menebar kasih sayang, dan tidak untuk pelaknatan”. (Riwayat Imam Muslim).
Misi ke-Rasulan tentu bukan misi yang ringan dan mudah. Hanya karena taufiq
dan ma’unah (pertolongan) dari Allah SWT, serta keteguhan hati dan kekuatan
moralitas Nabi SAW, yang membuat misi itu bisa diselesaikan dalam jangka waktu
yang tidak begitu lama, 23 tahun. Tidak heran, sehingga saat sebelum Nabi SAW
wafat, turunlah ayat “al-yawma akmaltu lakum dînakum wa atmamtu ‘alaikum
ni’matî wa radhitu lakum al-islâma dînan”.
Tentu saja, kesempurnaan yang dimaksud adalah dalam hal prinsip untuk menegaskan
ketauhidan dan keadilan, serta menegasikan kemusyrikan dan kezaliman. Karena
dalam tataran praktis, ayat ‘kesempurnaan’ ini bukan ayat terakhir.
Masih ada jeda waktu enam bulan paska turunnya ayat ini. Di mana Nabi SAW –
pun, masih menerima wahyu ayat-ayat al-Qur’an. Di samping kesempurnaan
al-Qur’an juga masih harus dijelaskan dengan teks-teks Hadis, ijma’, qiyas,
kajian bahasa dan pendekatan-pendekatan ijtihad yang lain.
2. Nabi Muhammad saw sebagai Pemimpin Umat/
Negara
Para Nabi dan Rasul yang di utus Alloh, dilihat dari
pendekatan visi dan misi, dapat dibagi ke dalam dua bagian, pertama,
Nabi yang hanya membawa doktrin teologis semata dan kedua, nabi yang
membawa doktrin teolgis sekaligus membawa doktrin politis. Doktrin
Teologis adalah doktrin yang menekankan substansi moral dalam mempersatukan
ideal moral manusia dengan ideal moral Tuhan tanpa melakukan perubahan sosial
politik sebagai bagian dari proses ideal moral tersebut, sedangkan Doktrin
teologis politis adalah doktrin yang mengedepankan ajakan moral sekaligus
berusaha melakukan perubahan sistem untuk menata institusi-institusi sosial
politik. Pendapat ini di sampaikan oleh Dedi Supriyadi dalam bukunya Sejarah
perdaban Islam. Nabi-nabi yang termasuk Ulul ‘Azmi tergolong pembawa doktrin
teologis politis.
Nabi muhammad juga termasuk golongan tersebut, karena selain beliau
mengajarkan nilai-nilai Islam yang berkaitan dengan hal-hal bersifat
keakhiratan , juga berusaha beserta umatnya menata kekuatan untuk mengambil
alih kepemimpinan orang Quraisy. Peran ini sebegitu dominan, terutama pada saat
Nabi berada di Madinah.
Jika mau jujur sebetulnya hingga saat ini belum ada pemimpin negara yang
mampu bersaing dengan Nabi Muhammad saw. “Kampanye” Cara yang beliau kerjakan
pun benar-benar terstuktur. Sahabat-sahabat yang menjadi tulang punggung
beliau dalam perjuangan mempunyai kharisma yang cukup besar dalam golongannya
masing-masing. Sebut saja Abu Bakar ra. yang mewakili kalangan tua dan tokoh
masyarakat. Kemudian Ali bin Abi Thalib ra. mewakili kalangan muda
terpelajar. Khadijah ra. mewakili kalangan wanita pengusaha. Zaid bin
Haritsah ra. mewakili kalangan tenaga kerja (khadam). Bilal bin
Rabah ra. mewakili kalangan mantan budak. Ibnu Shihab Ar-Rumi mewakili belahan
dunia barat (Romawi). Salman Al-Farisi mewakili belahan dunia Timur (Persia).
Utsman bin Affan ra. mewakili kalangan saudagar. Asma binti Abu Bakar ra.
mewakili kalangan aktivis perempuan. Aisyah binti Abu Bakar ra. mewakili
kalangan wanita terpelajar. Umar bin Khattab ra. mewakili kalangan elit dan
pejabat publik.
Usamah bin zaid ra. mewakili anak-anak belasan tahun (remaja
lingkungan). Abdullah bin Umar ra. mewakili kalangan remaja terpelajar. Hasan
bin Tsabit ra. mewakili kalangan pujangga seniman dan penyair. Zaid
bin Tsabit ra. mewakili kalangan muda ahli bahasa. Al-Habbab ibnu
Mundzir ra. mewakili kalangan militer dan ahli strategi perang. Nuaim
bin Mas’ud ra. mewakili kalangan ahli rekayasa dan menejemen konflik.
Ummu Aiman ra. mewakili wanita pekerja dan Ibu Rumah Tangga. Abdullah
ibnu Mas’ud ra. mewakili kalangan Qurra’ (Qari Al-Qur’an).
Dengan mendasarkan nama-nama diatas, cukuplah kiranya fakta bahwa nabi
adalah pemimpin yang disegani, dicintai, dihargai, dipuja, oleh semua lapisan
rakyatnya. Lalu beliau telah mampu merangkul begitu banyak golongan dan mereka
mendaulat Nabi sebagai pemimpin dan sikapnya tidak berubah beliau tetap saja
sebagai pribadi yang sangat bersahaja dan patut ditiru. Berikut contoh
kisah-kisah Nabi yang menggambarkan bagaimana Rasululloh menjadi pemimpin
negara yang sangat bijak dan adil, serta peradaban yang beliau bangun,
antara lain;
- Peletakan asas-asas politik, ekonomi dan sosial, masyarakat Islam pertama yang dibangun Rasulullah adalah masyarakat Madinah. Karena di kota inilah kepluralitasan suatu negara sangat dijunjung tinggi, berbeda dengan di Makkah. Secara sistematik, proses peradaban yang dilakukan oleh Nabi pada masyarakat Islam di Yasrib adalah:
- Nabi mengubah nama Yasrib menjadi Madinah. Nama ini menggambarkan cita-cita Nabi Muhammad yaitu membentuk sebuah masyarakat yang maju dan berperadaban.
- Membangun Masjid Nabawi di Madinah.
- Mempersaudarakan kaum Muhajirin dan Anshar di Madinah(mu’akhat).
- Membentuk persahabatan dengan pihak-pihak lain yang selain Islam
- Nabi Muhammad saw. membentuk pasukan tentara untuk mengantisipasi gangguan yang datang dari musuh-musuh Islam.
- Bersama-sama masyarakat Madinah membentuk Piagam Madinah sebagai dasar kehidupan kenegaraan dan sebagai dasar hubungan antar sesama anggota komunitas Islam maupun dengan komunitas selainya.
- Kisah Nabi saat memimpin Perang Uhud.
- Kemampuannya dalam mengadakan hubungan internasional dengan berkirim surat yang bertujuan untuk “memproklamirkan Islam” kepada para raja dan gubenur dari negara lain.
Ketika kemudian praktek kenegaraan yang dijabarkan oleh nabi, yaitu
“Membangun negara Madinah dan pemerintahannya” ditinggalkan Nabi, meninggal
dunia, Praktek ini tetap dilanjutkan oleh penerus beliau, 4 khalifah yang
terkenal (Abu Bakar, Umar, Usman dan Ali) atau Khulafaurrasyidin Ahmadiyyin
(Pemimpin yang cerdas dan mendapat petunjuk).
- 3. Nabi Muhammad saw sebagai Manusia Biasa
Walaupun Nabi Muhammad begitu mulia dan agung, serta
memiliki kedudukan yang langsung di bawah Alloh swt, pada kenyataannya
beliau adalah manusia biasa secara fisik. Dalam kapasitasnya sebagai manusia,
seorang Nabi tentu terikat dengan hukum alamiahnya (lahir–berkembang–mati).
Nabi juga makan, minum punya istri sebagaimana manusia biasa. Rasul adalah
seorang manusia biasa yang diangkat Allah dalam rangka mengemban misi ketuhanan
untuk setiap manusia. dalam kapasitasnya sebagai manusia pilihan Allah yang
bertugas membawakan berita “langit” dan risalah ketuhanan. Seorang Nabi/ Rasul
mempunyai sejumlah kelebihan dibandingkan manusia pada umumnya.
Post a Comment